Aluan Pengarah

 

Cetak

rahimiAssalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko (PPSKR), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Alhamdulillah, laman web rasmi PPSKR ini dibangunkan untuk memberi maklumat serta informasi terkini kepada pengunjung berkaitan dengan visi, misi, objektif, struktur organisasi, fungsi serta program-program yang dilaksanakan oleh PPSKR.

Sedikit latar belakang penubuhan pusat ini, ianya bermula pada 1 Jun 2003 yang mana Bahagian Jaminan Kualiti & Akreditasi (BJKA) pada ketika itu ditubuhkan di bawah salah satu unit di Pejabat Canselori, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM).

Pada November 2004, pihak Pengurusan Universiti telah melaksanakan penstrukturan semula dengan membawa perubahan menaik taraf BJKA kepada Pusat Jaminan Kualiti & Akreditasi (PJKA) dan pada 16 Oktober 2014, PJKA sekali lagi distruktur semula sebagai Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko (PPSKR).

Untuk makluman pengunjung, PPSKR diberi tanggungjawab untuk mengendalikan fungsi Bahagian Pengurusan Strategik, Bahagian Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pengurusan Jaminan Kualiti dan Bahagian Pengurusan Risiko.

PPSKR dengan peranan serta fungsi yang ada pada keempat-empat bahagian ini komited untuk membantu UTeM terus merintis dan menerajui kegemilangan pendidikan tinggi teknikal negara seperti yang diharapkan. InsyaAllah.

Akhir kata, kami mengharap semua warga UTeM dan pihak luar memperolehi manfaat dari laman web ini. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pendapat daripada pengunjung bagi memantapkan lagi pengurusan laman web ini.Sekian, Salam hormat dan terima kasih.

 

PROFESOR MADYA TS. MOHD RAHIMI BIN YUSOFF

Pengarah Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

 

 

Berita & Info Terkini