UTeM telah memulakan Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) sejak tahun 2015 dengan penuh komitmen secara berterusan menerusi Polisi Tenaga UTeM. Pada tahun 2018 UTeM telah bersetuju berkaitan perubahan Polisi tenaga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kepada Dasar dan Garis Panduan Pengurusan Tenaga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (DGP Tenaga UTeM).
Objektif Pengurusan Tenaga UTeM :-
- Untuk mengurangkan jejak karbon melalui pengurusan tenaga, air dan bahan api kenderaan yang cekap.
- Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak tiga (3) peratus setahun bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan mulai tahun 2015.
- Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak lapan belas (18) peratus pada Tahun Fiskal 2020 bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan (dengan menggunakan Tahun Fiskal 2014 sebagai asas)
Pembudayaan UTeM Bangkit Bersama Cekap Tenaga :-
- Padamkan lampu, kipas, aircond, komputer, projector dan lain-lain peranti elektrik jika tidak digunakan
- Menutup pintu dan tingkap bagi ruang berhawa dingin
- Set suhu penghawa dingin 24oC -26oC.
- Melaporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terlihat ada pembaziran elektrik
- Pekeliling Pentadbiran - muat turun
- Canselori & HEP Jan 2022 - muat turun
- Canselori & HEP Feb 2022 - muat turun
- Canselori & HEP March 2022 - muat turun
- Canselori & HEP April 2022 - muat turun
- Canselori & HEP May 2022- muat turun
- Canselori & HEP Jun 2022 - muat turun
- Laporan Analisa Penggunaan Tenaga Bagi Canselori & HEP Bagi Tahun 2020 - muat turun
- Laporan Penggunaan Tenaga Bagi Canselori & HEP Bagi Tahun 2021 - muat turun