PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK, KUALITI & RISIKO (PPSKR)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dahulunya dikenali sebagai KUTKM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan pada tahun 2000. Bahagian Jaminan Kualiti & Akreditasi merupakan salah satu unit di bawah UTeM yang telah ditubuhkan pada 1 Jun 2003 dengan diketuai oleh seorang Pengarah Pada 1 November 2004, keputusan pihak Pengurusan Universiti telah melaksanakan penstrukturan dan pengorganisasian semula membawa kepada perubahan daripada Bahagian kepada Pusat Jaminan Kualiti & Akreditasi (PJKA). Mulai dari tarikh tersebut PJKA telah dinaiktaraf menjadi sebuah pusat tanggungjawab sepenuhnya. Penekanan kepada kualiti diatur untuk menanamkan rasa tanggungjawab terhadap kualiti di kalangan warga dan meningkatkan tahap kualiti pengurusan dan perkhidmatan yang akhirnya memenuhi keperluan dan memberikan kepuasan pelanggan. Oleh itu, Pusat Jaminan Kualiti & Akreditasi dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
- Sistem Pengurusan Kualiti
- Akreditasi dan Pengiktirafan Program
- Perancangan Strategik
- Pembangunan Sumber Manusia
Pada 16 Oktober 2014, sekali lagi PJKA telah mengalami penstrukturan semula sejajar dengan penambahan fungsi di bawahnya kepada Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti Dan Risiko (PPSKR). Terdapat empat (4) bahagian di bawah PPSKR bagi memastikan semua urusan pentadbiran dan pengurusan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Bahagian tersebut ialah:
- Pentadbiran & Kewangan
- Pengurusan Kualiti
- Pengurusan Risiko
- Pengurusan Strategik