FAQs
Pengurusan Akreditasi
Jenis akreditasi merangkumi:
- Akreditasi Sementara ialah satu penilaian untuk menentukan sama ada program yang dicadangkan memenuhi standard kualiti minimum sebelum ia ditawarkan.
- Akreditasi Penuh ialah satu penilaian untuk memastikan bahawa aktiviti pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti berkaitan bagi program yang telah menerima Akreditasi Sementara memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.
- Penilaian Pematuhan ialah penilaian untuk memantau dan memastikan pemeliharaan serta penambahbaikan program yang telah diakreditasi.
Status akreditasi boleh disemak melalui laman web rasmi MQR .
Pengurusan Risiko
Pengurusan ISO
MS ISO 9001:2015 merupakan standard antarabangsa bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Ia menetapkan keperluan untuk:
- Menyediakan produk dan perkhidmatan secara konsisten;
- Memastikan pematuhan kepada keperluan pelanggan serta keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan;
- Meningkatkan kepuasan pelanggan melalui pelaksanaan sistem yang berkesan;
- Menggalakkan penambahbaikan berterusan dalam proses dan prestasi organisasi;
- Menilai dan menangani risiko serta peluang yang berkaitan dengan objektif organisasi;
- Membolehkan organisasi membuktikan pematuhan terhadap keperluan sistem pengurusan kualiti.
Untuk mengekalkan pensijilan ini, UTeM haruslah:
- Mematuhi kehendak dan keperluan Standard MS ISO 9001:2015;
- Mengemas kini proses dan dokumen;
- Melaksanakan audit dalaman sekali dalam setahun dan mengikut jadual;
- Mengambil tindakan pembetulan terhadap ketakakuran (NC);
- Melaksanakan Kajian Semula Pengurusan dengan mengadakan mesyuarat kajian semula sekurang-kurangnya sekali setahun bersama Pengurusan Tertinggi Universiti;
- Menilai prestasi Sistem Pengurusan Kualiti, objektif kualiti dan maklum balas pelanggan;
- Membuat penambahbaikan berterusan dan tindakan penambahbaikan berdasarkan hasil audit, aduan dan analisis data;
- Melaksanakan pengurusan rekod dan dokumen serta memastikan rekod dan dokumen dikawal dan dikemas kini;
- Memastikan rekod disimpan sebagai bukti pematuhan sistem;
- Melaksanakan aktiviti kesedaran dan memastikan penglibatan Pengurusan Tertinggi serta staf dalam Sistem Pengurusan Kualiti Universiti;
- Menjalankan audit bersama badan pensijilan.
Pembangunan dan Pengurusan Pelan Strategik
Teras Strategik 1 (ST1): Memperkasa TVET, Meluncur Kerjaya
Teras Strategik 2 (ST2): Mempromosikan RICE, Menjana Pendapatan
Teras Strategik 3 (ST3): Menjuarai Khidmat Insani, Mengundang Kesejahteraan
Teras Strategik 4 (ST4): Mencetus Ekosistem Rancak, Melestarikan Universiti
Teras Strategik 5 (ST5): Mengembangkan Nilai, Menggamit Kemakmuran
Dokumen berkaitan Pelan Strategik UTeM boleh diakses melalui Penerbitan Bahagian Pembangunan & Pengurusan Pelan Strategik . Sekiranya memerlukan bantuan, sila hubungi Bahagian Pembangunan & Pengurusan Pelan Strategik.
Bahagian Pengurusan & Pemantauan Inisiatif Berimpak Tinggi
Fokus 1: Penyediaan Bakat Terbaik Negara
Fokus 2: Kewibawaan Akademia dan Warga Kampus
Fokus 3: Pemindahan dan Perkongsian Ilmu
Fokus 4: Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi
Fokus 5: Governan dan Kepemimpinan
Fokus 6: Kemampanan Kewangan IPT
Fokus 7: Infrastruktur, Digital dan Kesejahteraan Kampus
Dokumen dan infografik berkaitan Hala Tuju Pendidikan Tinggi boleh diakses melalui Penerbitan Bahagian Pengurusan & Pemantauan Inisiatif Berimpak Tinggi atau terus kepada laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi .
Bahagian Penarafan
Staf Akademik: Menerbitkan artikel berkualiti, menjalinkan kerjasama antarabangsa dan membantu penyediaan data Academic Reputation (AR) serta Employer Reputation (ER).
Staf Sokongan/Pentadbiran: Membantu penyediaan data bagi penghantaran kepada pihak penarafan, memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memberi sokongan kepada pelajar.
Pelajar: Menyertai program pertukaran (mobiliti), menjadi duta universiti, melibatkan diri dalam program penyelidikan dan inovasi.
- Meningkatkan imej dan reputasi universiti;
- Menarik pelajar dan pensyarah antarabangsa;
- Membuka peluang kerjasama penyelidikan dan dana antarabangsa; dan
- Memberi nilai tambah kepada graduan dalam pasaran kerja.