Memastikan semua program akademik UTeM mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada badan profesional dan agensi berkaitan di peringkat nasional dan antarabangsa;
Menyelaras perancangan, pelaksanaan dan pemantauan Pelan Strategik UTeM secara sistematik dan berfokuskan hasil (outcome-based);
Memperkukuh pematuhan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti (ISO) dan membudayakan penambahbaikan berterusan dalam semua proses universiti;
Meningkatkan penarafan universiti melalui pengurusan data prestasi, pencapaian SDG dan penglibatan strategik dengan pemegang taruh; dan
Membangunkan kerangka pengurusan risiko institusi yang efektif bagi mengenal pasti, menilai, mengawal dan memantau risiko secara berterusan.
Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko (PPSKR)
Pejabat Penolong Naib Canselor (Strategik & Kelestarian Global) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.