Skip to main content

FAQs

Pengurusan Akreditasi

Apakah maksud akreditasi program akademik?
Akreditasi program akademik ialah pengiktirafan rasmi oleh badan akreditasi seperti MQA, EAC atau ETAC yang mengesahkan bahawa sesuatu program memenuhi standard kualiti pendidikan tinggi yang ditetapkan.
Mengapa akreditasi penting untuk program pengajian?
Akreditasi menjamin kualiti pendidikan, melindungi kepentingan pelajar dan memastikan kelayakan graduan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.
Apakah jenis akreditasi yang terlibat dalam program universiti?

Jenis akreditasi merangkumi:

  1. Akreditasi Sementara ialah satu penilaian untuk menentukan sama ada program yang dicadangkan memenuhi standard kualiti minimum sebelum ia ditawarkan.
  2. Akreditasi Penuh ialah satu penilaian untuk memastikan bahawa aktiviti pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti berkaitan bagi program yang telah menerima Akreditasi Sementara memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.
  3. Penilaian Pematuhan ialah penilaian untuk memantau dan memastikan pemeliharaan serta penambahbaikan program yang telah diakreditasi.
Bilakah program perlu memohon akreditasi penuh?
Permohonan biasanya dibuat semasa kohort pertama pelajar memasuki tahun akhir pengajian, tertakluk kepada syarat Badan Akreditasi.
Bagaimana semakan status akreditasi program boleh dibuat?

Status akreditasi boleh disemak melalui laman web rasmi MQR .

Pengurusan Risiko

Apakah yang dimaksudkan dengan risiko dan pengurusan risiko?
Risiko adalah perkara yang dijangka akan berlaku pada masa akan datang dan memberi impak terhadap objektif yang ingin dicapai. Pengurusan Risiko adalah kawalan dalaman atau kawalan tambahan yang dibuat untuk mengelakkan berlakunya risiko yang boleh menghalang sesuatu objektif yang ingin dicapai.
Apakah peranan PTj dalam pengurusan risiko?
Setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) bertanggungjawab untuk mengenal pasti risiko yang berkaitan dengan operasi masing-masing, menilai tahap impak dan kemungkinan berlaku, serta merancang langkah mitigasi yang bersesuaian. Pengurusan risiko di peringkat PTj hendaklah diurus dan dipantau oleh Ketua Pusat Tanggungjawab mengikut jenis risiko dan kawalan yang telah ditetapkan.
Adakah universiti menyediakan Manual Pengurusan Risiko?
Ya. Manual Pengurusan Risiko Universiti disediakan bagi membantu semua PTj melaksanakan pengurusan risiko secara sistematik dan berkesan.
Adakah semua kertas kerja yang dibentangkan ke dalam mesyuarat perlu mendapatkan ulasan PPSKR melalui Borang BESTARI?
Kertas cadangan yang melibatkan rutin pentadbiran seperti pelantikan pemeriksa luar, penawaran kursus akademik pada setiap semester dan kertas kerja yang bersifat pelaporan tidak memerlukan ulasan PPSKR. Sila rujuk Surat Edaran Pentadbiran Bil. 1/2025: Penambahbaikan Dan Pindaan Borang Pembudayaan Strategik, Penarafan, SDG, Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Dan Risiko (BESTARI) Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka untuk maklumat lanjut.

Pengurusan ISO

Apakah itu Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015 dan kenapa penting kepada UTeM?
SPK ISO 9001:2015 adalah rangka kerja standard antarabangsa yang memastikan proses pentadbiran universiti dilaksanakan secara berkualiti, sistematik dan konsisten. Ia penting bagi memastikan pematuhan, kecekapan dan penambahbaikan berterusan dalam operasi universiti.
Siapakah entiti yang bertanggungjawab menyelaras Audit Dalaman dan Audit Luaran ISO di UTeM?
Audit Dalaman dan Audit Luaran ISO di UTeM diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan ISO, Pusat Perancangan Strategik, Kualiti dan Risiko (PPSKR). Audit ini dilaksanakan sekali setahun bagi menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) mengikut keperluan standard MS ISO 9001:2015. Pelaksanaan audit akan dimaklumkan secara rasmi melalui hebahan Info PPSKR, UTeM serta surat rasmi untuk tindakan dan perhatian semua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Pusat Berkuasa Univerisiti (PBU) yang terlibat.
Apakah itu MS ISO 9001:2015?

MS ISO 9001:2015 merupakan standard antarabangsa bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Ia menetapkan keperluan untuk:

  1. Menyediakan produk dan perkhidmatan secara konsisten;
  2. Memastikan pematuhan kepada keperluan pelanggan serta keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan;
  3. Meningkatkan kepuasan pelanggan melalui pelaksanaan sistem yang berkesan;
  4. Menggalakkan penambahbaikan berterusan dalam proses dan prestasi organisasi;
  5. Menilai dan menangani risiko serta peluang yang berkaitan dengan objektif organisasi;
  6. Membolehkan organisasi membuktikan pematuhan terhadap keperluan sistem pengurusan kualiti.
Mengapa Pensijilan MS ISO 9001:2015 perlu dilaksanakan?
Pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di UTeM adalah penting untuk dilaksanakan kerana ianya memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada pelanggan serta pihak berkepentingan. Ia membuktikan keupayaan proses utama universiti seperti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan khidmat komuniti dalam memenuhi keperluan serta jangkaan mereka secara konsisten, di samping meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan visibiliti UTeM kepada pihak luar.
Apakah tanggungjawab anda sebagai warga UTeM terhadap implementasi MS ISO 9001:2015?
Setiap staf bertanggungjawab untuk mematuhi sistem pengurusan kualiti seperti yang dinyatakan dalam skop pelaksanaan yang telah ditetapkan. Ini merangkumi pematuhan terhadap prosedur dan arahan kerja yang telah ditetapkan semasa melaksanakan fungsi teras organisasi bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi dan kepuasan dicapai. Rekod yang berkaitan perlu diselenggara secara konsisten sebagai bukti objektif pematuhan terhadap sistem.
Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan Pensijilan MS ISO 9001:2015 dapat dikekalkan?

Untuk mengekalkan pensijilan ini, UTeM haruslah:

  1. Mematuhi kehendak dan keperluan Standard MS ISO 9001:2015;
  2. Mengemas kini proses dan dokumen;
  3. Melaksanakan audit dalaman sekali dalam setahun dan mengikut jadual;
  4. Mengambil tindakan pembetulan terhadap ketakakuran (NC);
  5. Melaksanakan Kajian Semula Pengurusan dengan mengadakan mesyuarat kajian semula sekurang-kurangnya sekali setahun bersama Pengurusan Tertinggi Universiti;
  6. Menilai prestasi Sistem Pengurusan Kualiti, objektif kualiti dan maklum balas pelanggan;
  7. Membuat penambahbaikan berterusan dan tindakan penambahbaikan berdasarkan hasil audit, aduan dan analisis data;
  8. Melaksanakan pengurusan rekod dan dokumen serta memastikan rekod dan dokumen dikawal dan dikemas kini;
  9. Memastikan rekod disimpan sebagai bukti pematuhan sistem;
  10. Melaksanakan aktiviti kesedaran dan memastikan penglibatan Pengurusan Tertinggi serta staf dalam Sistem Pengurusan Kualiti Universiti;
  11. Menjalankan audit bersama badan pensijilan.

Pembangunan dan Pengurusan Pelan Strategik

Apakah 5 Strategic Thrust (5ST) Pelan Strategik UTeM 2023 - 2025?

Teras Strategik 1 (ST1): Memperkasa TVET, Meluncur Kerjaya
Teras Strategik 2 (ST2): Mempromosikan RICE, Menjana Pendapatan
Teras Strategik 3 (ST3): Menjuarai Khidmat Insani, Mengundang Kesejahteraan
Teras Strategik 4 (ST4): Mencetus Ekosistem Rancak, Melestarikan Universiti
Teras Strategik 5 (ST5): Mengembangkan Nilai, Menggamit Kemakmuran

Bagaimanakah saya boleh mengakses dokumen Pelan Strategik UTeM?

Dokumen berkaitan Pelan Strategik UTeM boleh diakses melalui Penerbitan Bahagian Pembangunan & Pengurusan Pelan Strategik . Sekiranya memerlukan bantuan, sila hubungi Bahagian Pembangunan & Pengurusan Pelan Strategik.

Bahagian Pengurusan & Pemantauan Inisiatif Berimpak Tinggi

Apakah 7 Fokus Utama Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2025?

Fokus 1: Penyediaan Bakat Terbaik Negara
Fokus 2: Kewibawaan Akademia dan Warga Kampus
Fokus 3: Pemindahan dan Perkongsian Ilmu
Fokus 4: Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi
Fokus 5: Governan dan Kepemimpinan
Fokus 6: Kemampanan Kewangan IPT
Fokus 7: Infrastruktur, Digital dan Kesejahteraan Kampus

Bahagian Penarafan

Apakah yang dimaksudkan dengan penarafan global dan mengapa ia penting dalam sesuatu universiti?
Penarafan global (contohnya penarafan QS dan THE) ialah sistem perbandingan antara universiti di seluruh dunia berdasarkan kriteria tertentu seperti reputasi, penyelidikan, pengajaran dan pengantarabangsaan. Ia penting untuk menunjukkan tahap kecemerlangan universiti, menarik pelajar antarabangsa dan membuka peluang kerjasama global.
Apakah peranan staf dan pelajar dalam membantu universiti dalam penarafan global?

Staf Akademik: Menerbitkan artikel berkualiti, menjalinkan kerjasama antarabangsa dan membantu penyediaan data Academic Reputation (AR) serta Employer Reputation (ER).

Staf Sokongan/Pentadbiran: Membantu penyediaan data bagi penghantaran kepada pihak penarafan, memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memberi sokongan kepada pelajar.

Pelajar: Menyertai program pertukaran (mobiliti), menjadi duta universiti, melibatkan diri dalam program penyelidikan dan inovasi.

Bagaimanakah penerbitan ilmiah memberi kesan kepada penarafan universiti?
Jumlah dan impak penerbitan (contohnya jurnal berindeks Scopus/WoS) menjadi penanda aras kekuatan penyelidikan dalam sesebuah universiti. Artikel yang mempunyai banyak sitasi menunjukkan kualiti penyelidikan tersebut dan meningkatkan reputasi universiti di peringkat global.
Apakah manfaat penarafan global kepada universiti dan warganya?
  1. Meningkatkan imej dan reputasi universiti;
  2. Menarik pelajar dan pensyarah antarabangsa;
  3. Membuka peluang kerjasama penyelidikan dan dana antarabangsa; dan
  4. Memberi nilai tambah kepada graduan dalam pasaran kerja.

Media Sosial

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko (PPSKR)

Pejabat Penolong Naib Canselor (Strategik & Kelestarian Global)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
telefon: 06-270 2020

Kemas Kini Terakhir : 18 Ogos 2025