Skip to main content

PROFESOR MADYA TS. DR. UMAR
AL-AMANI BIN HAJI AZLAN

Pengarah
Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko
Pejabat Penolong Naib Canselor (Strategik & Kelestarian Global)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko (PPSKR), Pejabat Penolong Naib Canselor (Strategik & Kelestarian Global), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Sebagai pemacu utama kepada perancangan dan pengukuran prestasi institusi, PPSKR memainkan peranan strategik dalam memastikan kelestarian hala tuju universiti sejajar dengan Pelan Strategik UTeM. Kami berfungsi sebagai nadi penyelaras kepada pelbagai sistem pengurusan utama universiti, termasuklah perancangan strategik, pengurusan akreditasi dan pematuhan ISO, pemantauan penarafan universiti, pelaporan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), serta pengurusan risiko institusi secara menyeluruh.

Dalam landskap pendidikan tinggi yang kian mencabar dan berdaya saing, PPSKR komited untuk memastikan semua inisiatif universiti didokong oleh pendekatan yang berasaskan data, penanda aras global, dan pengurusan risiko yang berkesan. Kami juga menekankan keperluan untuk membudayakan tadbir urus yang baik, akauntabiliti, dan pemantauan berimpak tinggi bagi memastikan setiap tindakan yang diambil adalah relevan, responsif dan mampan.

Dengan kekuatan pasukan yang berdaya saing, pelbagai kemahiran, serta nilai integriti yang tinggi, PPSKR sentiasa berusaha memperkasa sistem penyampaian, memperkukuh pematuhan kepada standard antarabangsa, dan memposisikan UTeM sebagai sebuah institusi teknikal unggul bertaraf dunia.

Laman sesawang ini diwujudkan sebagai platform interaktif untuk berkongsi maklumat, dasar, panduan dan pencapaian kami kepada semua pemegang taruh – termasuk warga universiti, agensi kerajaan, badan penarafan, pihak industri dan masyarakat umum. Kami mengalu-alukan kerjasama strategik dan perkongsian pintar ke arah kecemerlangan bersama.

Sekian, terima kasih atas sokongan anda.

Berita Terkini / Pengumuman


    Media Sosial

    Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko (PPSKR)

    Pejabat Penolong Naib Canselor (Strategik & Kelestarian Global)
    Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
    Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    telefon: 06-270 2020

    Kemas Kini Terakhir : 18 Ogos 2025